Tuesday, 27 January 2015

K.E.L.U.A.R.G.A

Kita anak muda,
Makin meningkat usia, 
Leka dengan keseronokan dunia..
Jumpa ramai manusia...
Muda terpengaruh dengan pelbagai budaya..
Lepak siang malam dengan rakan sebaya..
Mula khayal dengan kemanisan cinta yang sementara..
Rumah dijadikan tempat persinggahan saja..
Jarang-jarang jenguk keluarga...
Makin lama makin lupa pada ibubapa...

Wahai anak muda!
Keseronokan dunia tidak pernah menjanjikan apa-apa..
Rakan-rakan yang ada tak kan selamanya ada bersama...
Kemanisan cinta sesama manusa hanya sebentar melainkan cinta pada Yang Esa.
Tapi ibu bapa, keluarga,. Sentiasa ada dalam apa jua keadaan menimpa...
Tetap setia bersama tak kira masa..
Jaga mereka sebaiknya..
Jadikan mereka yang utama dan pertama..
Habiskan sisa-sisa masa yang ada bersama mereka..
 Kerana di situ lahirnya sebuah kebahagiaan yang cukup sempurna...
Kerana di situ terbitnya kasih sayang yang tiada penghujungnya...

-Helen-








No comments:

Post a Comment