Tuesday, 27 January 2015

K.E.L.U.A.R.G.A

Kita anak muda,
Makin meningkat usia, 
Leka dengan keseronokan dunia..
Jumpa ramai manusia...
Muda terpengaruh dengan pelbagai budaya..
Lepak siang malam dengan rakan sebaya..
Mula khayal dengan kemanisan cinta yang sementara..
Rumah dijadikan tempat persinggahan saja..
Jarang-jarang jenguk keluarga...
Makin lama makin lupa pada ibubapa...

Wahai anak muda!
Keseronokan dunia tidak pernah menjanjikan apa-apa..
Rakan-rakan yang ada tak kan selamanya ada bersama...
Kemanisan cinta sesama manusa hanya sebentar melainkan cinta pada Yang Esa.
Tapi ibu bapa, keluarga,. Sentiasa ada dalam apa jua keadaan menimpa...
Tetap setia bersama tak kira masa..
Jaga mereka sebaiknya..
Jadikan mereka yang utama dan pertama..
Habiskan sisa-sisa masa yang ada bersama mereka..
 Kerana di situ lahirnya sebuah kebahagiaan yang cukup sempurna...
Kerana di situ terbitnya kasih sayang yang tiada penghujungnya...

-Helen-








Tuesday, 13 January 2015

Buat biasa saja..

Terkilan.Marah.Terasa...
Buat biasa saja..
Tak sabar tunggu saat lama-lama..
Pasti lupa...

Saturday, 3 January 2015

Malang vs Peluang

Kau sedar tak,
Bila kau ditimpa malang,
 sudah terbentang satu ruang,
Ruang untuk kau kutip peluang~


Rezeki kau ditarik..
Duit hilang, Kena saman, barang hilang..
Kau merungut, "aduh malang..malang"...
Tapi kau sedar x?
Hakikatnya, dah terbentang satu peluang,
Peluang untuk kau bermuhasabah..
dengan bersyukur dengan apa yang kau miliki,  jangan lupa diri!


Makayah kau sakit,
Kau merungut , "malangnya nasib aku".
Tapi kau sedar x?
Sebenarnya dah terhidang satu peluang..
Peluang utk kau kumpul pahala sebanyak mungkin..
dengan berbakti pada mereka..


Kau jatuh, gagal, tewas, dan kalah...
Kau merungut, "Asyik malang je aku ni"...
Tapi kau sedar x?
Realitinya dah tersedia satu peluang...
Peluang untuk kau bangun kembali...
dengan membuktikan kemampuan yang ada pada diri...


Apa kata, setiap kali kau ditimpa malang.
kau sebut kuat-kuat, "ini semua peluang..peluang"!
Jgn pernah sia-siakan peluang yang datang...

Ditimpa malang, anggap satu peluang, jiwa pun tenang!!

Sudah jatuh dirimpa tangga..
Apa ada hal?
Bertingkat-tingkat peluang dtg menyapa....

-Helen-