Wednesday, 24 December 2014

Twice


Apabila pisang sudah berbuah dua kali,
Sudah tiba masanya untuk kau bermuhasabah diri..

-Helen-

Kuat

Aku tak kuat,
Tapi harus berlagak kuat,
di hadapan orang yang tidak kuat..

Doakan aku kuat,
sampai betul-betul kuat..

Ya aku kuat, kuat dan kuat!

-Helen-





Monday, 22 December 2014

Rahsia

Nampak aku ketawa,
Tak bermakna aku tengah bahagia...

Nampak aku ceria,
Tak bererti aku sedang gembira..

Terpamer gelak tawa, wajah ceria..
Sedang hati gundah-gelana..
Sedang jiwa bergelora..

Terima Kasih bertanya,
Bukan taknak bercerita, 
Mahupun berkongsi rahsia,
Cuma kerana,
Aku perlukan masa..

Percayalah, satu hari aku akan buka cerita~

-Helen-





Sunday, 1 June 2014

B.L.O.G

Blog,
Medium untuk si gadis mimpi berimaginasi..
Melontarkan segala illusi yang menari-nari di ruang minda..

Blog,
Ruang untuk si pencinta seni mencipta karya penuh kreativiti..
Melahirkan butir-butir kata yang indah persis mutiara..

Blog,
Tempat untuk si jiwa kacau mengekspressi segala gelora bersarang di hati..
Meluahkan segala rasa yang terkumpul hingga terbenam dalam jiwa..

Blog,
Laman untuk si blogger berkongsi segala ceritera..
Sama ada suka atau duka..

Blog aku, Kisah aku, Ceritera aku, Isi Hati aku, Diari aku, Karya aku..
:)

-Helen-

S.E.N.S.I.T.I.F

Yes,  I do agree with u,
 I AM A HIGHLY SENSITIVE PERSON....
But you simply dont feel emotions as intensely i do..
and that is not an issue for you to judge me for who I am..
Forgive me for my biggest weakness which is sensitivity..

# I am sorry..I am too sensitive..I overthink every little thing and I care too much than I should.. #

-Helen-
1 Jun 2014-
3.53pm

Saturday, 31 May 2014

J.U.D.G.E


Jenis manusia yang suka judge itu ini,
Tunding jari sesuka hati...
Nampak sangat tak sedar diri..
Mungkin takde masa nak cermin diri sendiri..
Mungkinn...

Penat ar, orang tuduh itu ini..
Kau macam tu, Kau macam ni...
Penar ar, orang tanya itu ini...
"Betul ke itu, betul ke ini??"
Penat nak hadap semua ni..
Kenapa la mesti ada insan busy-body?
Arghh mungkin mereka dilahirkan terlebih baik hati...
Konon prihatin dengan nasib diri ini..
Positifkan diri~

Mudah sungguh nak judge orang mcm tu macam ni..
Dah macam juri..
Tolonglahhh cermin diri...
Kalau
Satu jari menuding ke arah orang lain,
Lagi empat jari menuding pada diri sendiri..
:)

Sebelum nak cakap orang tu macam tu, macam ni...
Dok citer pung pang kat sana sini...
Konon dia la yang paling worst sekalii...
Nak mintak tlong satu benda ni...
Tolong lah terlebih dahulu kaji diri sendiri..
Kau aku kita semua jom sama-sama mengaku kesilapan diri..
Sebelum nak sibuk tunding jari!
Sebelum start judge itu ini...

Walk a mile in my shoes..
See what I see..
Hear what I hear..
Feel what I feel..
Then, maybe you will understand
why I do what I do..
Till then, don't judge me..

-Helen-
1 Jun 2014
3.38pm
















Thursday, 24 April 2014

P.E.R.L.I

Perli sana..Perli sini..
Tak puas hati??
Mari sini..
Kasi settle hati ke hati..
Tak perlu perli-perli..
Bikin panas diri..
Apa kau ingat aku takde hati?

Perli..Perli..
Kononnya nak lontar ape yang bermain di hati..
Pleasa la, bukan dgn cara ni..
Bikin sentap hati,
seperti dituju kepada diri ini.
Mula menaikkan kemarahan diri..
sigh!

Si pemerli..
terus-terusan memerli..
update status sana sini..
Bila berkata berbau perli..
Bersuara penuh intonasi..
Mulut pot pet pot pet tak henti,
Segalanya nada perli.

Si mangsa perli,
 terbakar hati..
Bangkit kegeraman dalam diri..
Mula rasa nak caci..
Lama-lama menjadi benci..
Dendam makin mnjadi-jadi..
Pedih diperli, Musuh dicari..

dear pemerli,
tolong jadi berani..
tak perlu lencong sana lencong sini...
itu semua perli!!
kasi straight to the point, tak perlu sembunyi2..
apa yang terkandung di hati..
tak lain tak bukan, mesti tak puas hati..
tu yang duk sakan memerli...

Perli memerli 
makin sebati dgn diri..
Lama-lama jadi hobi..
Perli sana perli sini...
perlu itu perli ini..
Sampai terlupa, nak tengok diri..
2 kali lima dengan apa yang diperli..
Tak sedar diri!!

Kbai~

-Helen-
(25 April 2014)






Sunday, 30 March 2014

S.A.H.A.B.A.T

Adat berkawan..
ada waktu suka..
ada detik duka..
ada waktu akrab,
ada detik renggang..
ada waktu bersama..
ada detik berjauhan..
ada waktu baik-baik sahaja..
ada detik gaduh-gaduh manja..

Bila bersama tak ingat dunia,
Segalanya manis-manis gula..
Bile bersengketa baru nak ungkit semua..
Segalanye mula pahit-pahit peria..

Hari ini..
berkawan baik..
buat keje gile bersama..
berkepit setiap masa..
berkongsi segala rahsia..
di situ ada dia, di situ ada kau..

Esok lusa..
berkawan biasa-biasa...
masing-masing  mula tunjuk warna yang sebenar...
makin kenal siapa dia...
bermula ada saja yang tidak kena..
simpan dalam-dalam..
pendam diam-diam..
segala rasa yang ada..
mahu diluahkan kelak makin membara..
maka dibiarkan sahaja..

Satu masa,
makin berani mengekspresskan segala rasa..
keadaan jadi huru hara..
sana sini saling mengata..
bila berjumpa, tidak keluar sepatah kata..
mulalah membina tembok ego yang kukuh dan tinggi...
tak mahu mengalah, tak mahu diluah..
segala ketidakpuasan hati ditonjol melalui gerak geri dan ekspresi..

Satu saat nanti,
situasi jadi luar biasa..
apabile berjumpa,
pandang muka buat tak kenal siapa..
Dengar nama, mula rasa loya..
Mula tidak ambil tahu...
Dan kesudahannya, Tiada penghujung~


Itu lumrah..
Persahabatan...
Tidak mudah untuk dijaga..
Semua orang pandai becakap "sahabat selamanya",
tp tak semua yang mahu berusaha...

Berhentilah mencari kesalahan sahabat kita..
pandanglah segala kebaikan mereka..
kerana manusia itu tidak pernah sempurna..
penuh dengan cacat cela..

sebelum mengeluarkan kata-kata berbau dusta,
ambil cermin dan tenung  diri sedalam-dalamnya,
Takut kelak segala kata2 itu akan berbalik semula,
Maka berfikir dahulu sebelum mengeluarkan suara..


Satu perkara yang aku belajar sejak dari dulukala..
Bersahabatlah dengan semua..
jgn terlalu akrab..jgn terlalu rapat..
jgn terlalu mengharap..jgn terlalu bergantung..

Punca utama ke'renggang'an dalam persahabatan..
Tidak lain tidak bukan..
Puncanya dari Hati sendiri..
Hati yang sensitif..
mudah terasa..mudah sentap..
Hati yang kotor..
selalu Dengki...selalu iri hati...
Hati yang gundah gelana..
suka salah faham..suka ragu-ragu...
Ayuh sahabat, kita  saling mengingati,
bersama2 kita Bersihkanlah jiwa, Sucikan hati..


Persahabatan dan hati,
dua perkara yang tak bisa dipisahkan..
Jaga hati kita..jaga hati sahabat kita..
Biarlah kedua2 nye seiring..
apa kau ingat cinta dan hati je yang  tak boleh  nak dipisahkan??

Persahabatan dan kemaafan,
tanamkan lah ia nye bersama...
bajailah dengan kata2 yang lembut dan penuh keikhlasan..
Jadilah sahabat yang pemaaf.
.jadilah sahabat yang tidak pernah jemu meminta maaf..
Walau sesakit mana pun kau rasa.
walau seteruk mana pun kau diperlukan,
maafkanlah..Dgn memaafkan hati akan tenang..
Hubungan persahaban juga bisa diteruskan...

Persahabatan dan dendam..
JAUHKANLAH!
Hapuskan dendam, Sayangilah Persahabatan..
Andai dendam terus bersemi di hati,
Hilanglah segala keindahan persahabatan yang dibina...
Dan kelak dendam menjadi racun berbisa, kesannya merosakkan hati serta jiwa..


Nak kenal siapa sahabat yang sebetul-betul layak digelar sahabat??
Dia yang ada dengan kau saat kau jatuh..
Dia  memberi semnagat pada kau untuk bangun semula..
Dia yang ada dengan kau saat kau berduka...
Dia hapuskan air mata kau dari terus mengalir..
Dia yang ada dengan kau saat tiada siapa pedulikan kau..
Dia setia menemani kau ke mana sahaja..
Dia yang sanggup bersusah senang dgn kau..
Dia yang tidak pernah jemu mnghulurkan bantuan saat kau susah..

Benar..
Amat mudah untuk bertemu dgn sahabat yang boleh gelak bersama-sama..
Tapi amat sukar untuk bertemu dgn sahabat yang boleh menangis bersama-sama...

Ingatlah..
Kita hidup di dunia yang penuh pancaroba,
Kita tak kan mampu berdiri tanpa insan bergelar sahabat di sisi...
Berhentilah mencari musuh, Bersahabatlah dengan semua..
Jangan pernah bosan menghulurkan salam persahabatan,
Bak kata Ustaz Kazim Elias
"Jangan malu untuk cari kawan kerana mungkin di antara mereka ada seseorang yang mampu menjadi sahabat dunia akhirat kamu"


Buat semua sahabatku yang disayangi,
Maafkanlah untuk segala kata-kata yang menghiris hati...
Maafkanlah untuk segala gerak geri tingkah laku yang menyakiti..
Maafkahlah aku..maafkanlah aku..dan maafkanlah aku yang penuh cacat cela ini...
Terima kasih kerana hadir dalam hidup ini...
Terima kasih menjadi sahabat yang terhebat..
Terima kasih kerana ada dengan aku saat susah senang...
Terima kasih untuk segala kebahagiaan dan kegembiraan..
Semoga kite terus bersahabat dunia akhirat <3


(Helen, 31 Mac 2014, 12.57am)
-Muhasabah diri-