Wednesday, 24 December 2014

Twice


Apabila pisang sudah berbuah dua kali,
Sudah tiba masanya untuk kau bermuhasabah diri..

-Helen-

Kuat

Aku tak kuat,
Tapi harus berlagak kuat,
di hadapan orang yang tidak kuat..

Doakan aku kuat,
sampai betul-betul kuat..

Ya aku kuat, kuat dan kuat!

-Helen-





Monday, 22 December 2014

Rahsia

Nampak aku ketawa,
Tak bermakna aku tengah bahagia...

Nampak aku ceria,
Tak bererti aku sedang gembira..

Terpamer gelak tawa, wajah ceria..
Sedang hati gundah-gelana..
Sedang jiwa bergelora..

Terima Kasih bertanya,
Bukan taknak bercerita, 
Mahupun berkongsi rahsia,
Cuma kerana,
Aku perlukan masa..

Percayalah, satu hari aku akan buka cerita~

-Helen-