Saturday, 21 September 2013

Saat Aku Diuji

Saat aku diuji,
aku mula sedar akan kekhilafan diri..

Saat aku di bawah,
aku mula belajar erti susah..

Saat aku jatuh,
aku mula membina jati diri yang teguh...

Aku menangis tak henti..
Semangat kian hilang dari hari ke hari..
Mencari pendengar setia untuk diluahkan segala isi hati..
Tapi sampai bile harus begini?

Aku harus bangkit dari sebuah kejatuhan.
Allah uji aku dengan pelbagai masalah..
Masalah yang aku anggap sebagai salah satu ujian dariNya
 untuk hambaNya yang sangat kerdil ini..
Ye, Allah sangat rindukan doa hambaNya yang ini..


Bersihkan hati..Sucikan hati..Ikhlaskan hati..
Pokok pangkalnya Hati sendiri..

Aku cube ikhlaskan hati menerima ujian ini..
Aku cube bersihkan hati agar tidak dihuni dengan rasa dengki dan benci..
Aku cube sucikan hati dengan mengikhlaskan setiap yang terjadi...

Dan
Aku bisikkan pada diri, " Setiap yang Berlaku Pasti Ada Hikmahnya"..
Sesungguhnya Allah itu Perancang Terindah dalam setiap kehidupan manusia! =)









Wednesday, 18 September 2013

Teman Setia =)

Kau bagaikan Perwira,
Yang menyelamatkan aku dari arus permodenan yang mengalpakan..
Kau bagaikan Doktor,
Yang merawat aku dari kedukaan dan kelukaan yang amat memedihkan..
Kau bagaikan Pelangi,
Yang sentiasa mewarnai dan menyerikan hidupku yang sentiasa kesunyian..

Engkau adalah mutiara berharga dalam diari hidupku..

Kata kau,
Hidup memerlukan perubahan ke arah yang lebih baik..
Kata kau,
Kesedihan yang berpanjangan akan merugikan..
Kata kau,
Hidup harus dihiasi dengan gurau senda..

Kau bukanlah cinta hatiku..
Kau bukanlah kekasihku..
Kau bukanlah lelaki pujaanku..
Tapi kau adalah Teman Sejatiku...

-NHH-
______________________________________________________________________

Friday, 13 September 2013

Rasa Itu Aku Yang Rasa..

Hidup tidak selalunya indah..
Langit tidah selalunya cerah..
Yang di atas tidak akan selalunye di atas..
Rasa bertukar rasa
silih berganti menghuni hati yang satu ini..
Rasa gembira..Rasa sedih..
Rasa bahagia..Rasa pedih..
Rasa ceria..Rasa sunyi..
Rasa riang..Rasa pilu..
Rasa senang..Rasa susah..
Rasa suka..Rasa duka..
Semua rasa ada dalam satu jiwa..
Rasa itu aku yang rasa~

Kadang-kadang hidup  ini indah..
Kadang-kadang hidup penuh dengan masalah..
Senyuman dan tangisan berjalan seiring..

Rasa itu..Rasa ini..
Yang ku mahu cumalah rasa itu..
Rasa yang mampu mengukirkan senyuman di wajah..
Rasa yang mampu mengembalikan semangat yang hilang..
Rasa yang mampu mewarnai hari-hari mendatang..

Rasa itu aku yang rasa..
Buang jauh-jauh rasa yang menjatuhkan itu..
Hapuskan  rasa yang menyakitkan itu..
Biarkan rasa itu pergi jauh dan jangan pernah muncul kembali...

Tiada siapa dapat memahami, tiada siapa dapat mengeti 
akan rasa yang dialami..
Rasa itu aku yang rasa..
Bukan untuk dikongsi..
Bukan untuk dihebahkan..
Malah bukan untuk meraih simpati..
Biarkan selamanya rasa itu aku yang rasa..=))



p/s Aku tidak pandai berkata-kata..Aku tidak pandai menghasilkan ayat yang bombastik..Aku bukan seorang penulis..Aku tidah pandai berkarya...Aku hanya menulis sekadar suka-suka ^^