Sunday, 30 March 2014

S.A.H.A.B.A.T

Adat berkawan..
ada waktu suka..
ada detik duka..
ada waktu akrab,
ada detik renggang..
ada waktu bersama..
ada detik berjauhan..
ada waktu baik-baik sahaja..
ada detik gaduh-gaduh manja..

Bila bersama tak ingat dunia,
Segalanya manis-manis gula..
Bile bersengketa baru nak ungkit semua..
Segalanye mula pahit-pahit peria..

Hari ini..
berkawan baik..
buat keje gile bersama..
berkepit setiap masa..
berkongsi segala rahsia..
di situ ada dia, di situ ada kau..

Esok lusa..
berkawan biasa-biasa...
masing-masing  mula tunjuk warna yang sebenar...
makin kenal siapa dia...
bermula ada saja yang tidak kena..
simpan dalam-dalam..
pendam diam-diam..
segala rasa yang ada..
mahu diluahkan kelak makin membara..
maka dibiarkan sahaja..

Satu masa,
makin berani mengekspresskan segala rasa..
keadaan jadi huru hara..
sana sini saling mengata..
bila berjumpa, tidak keluar sepatah kata..
mulalah membina tembok ego yang kukuh dan tinggi...
tak mahu mengalah, tak mahu diluah..
segala ketidakpuasan hati ditonjol melalui gerak geri dan ekspresi..

Satu saat nanti,
situasi jadi luar biasa..
apabile berjumpa,
pandang muka buat tak kenal siapa..
Dengar nama, mula rasa loya..
Mula tidak ambil tahu...
Dan kesudahannya, Tiada penghujung~


Itu lumrah..
Persahabatan...
Tidak mudah untuk dijaga..
Semua orang pandai becakap "sahabat selamanya",
tp tak semua yang mahu berusaha...

Berhentilah mencari kesalahan sahabat kita..
pandanglah segala kebaikan mereka..
kerana manusia itu tidak pernah sempurna..
penuh dengan cacat cela..

sebelum mengeluarkan kata-kata berbau dusta,
ambil cermin dan tenung  diri sedalam-dalamnya,
Takut kelak segala kata2 itu akan berbalik semula,
Maka berfikir dahulu sebelum mengeluarkan suara..


Satu perkara yang aku belajar sejak dari dulukala..
Bersahabatlah dengan semua..
jgn terlalu akrab..jgn terlalu rapat..
jgn terlalu mengharap..jgn terlalu bergantung..

Punca utama ke'renggang'an dalam persahabatan..
Tidak lain tidak bukan..
Puncanya dari Hati sendiri..
Hati yang sensitif..
mudah terasa..mudah sentap..
Hati yang kotor..
selalu Dengki...selalu iri hati...
Hati yang gundah gelana..
suka salah faham..suka ragu-ragu...
Ayuh sahabat, kita  saling mengingati,
bersama2 kita Bersihkanlah jiwa, Sucikan hati..


Persahabatan dan hati,
dua perkara yang tak bisa dipisahkan..
Jaga hati kita..jaga hati sahabat kita..
Biarlah kedua2 nye seiring..
apa kau ingat cinta dan hati je yang  tak boleh  nak dipisahkan??

Persahabatan dan kemaafan,
tanamkan lah ia nye bersama...
bajailah dengan kata2 yang lembut dan penuh keikhlasan..
Jadilah sahabat yang pemaaf.
.jadilah sahabat yang tidak pernah jemu meminta maaf..
Walau sesakit mana pun kau rasa.
walau seteruk mana pun kau diperlukan,
maafkanlah..Dgn memaafkan hati akan tenang..
Hubungan persahaban juga bisa diteruskan...

Persahabatan dan dendam..
JAUHKANLAH!
Hapuskan dendam, Sayangilah Persahabatan..
Andai dendam terus bersemi di hati,
Hilanglah segala keindahan persahabatan yang dibina...
Dan kelak dendam menjadi racun berbisa, kesannya merosakkan hati serta jiwa..


Nak kenal siapa sahabat yang sebetul-betul layak digelar sahabat??
Dia yang ada dengan kau saat kau jatuh..
Dia  memberi semnagat pada kau untuk bangun semula..
Dia yang ada dengan kau saat kau berduka...
Dia hapuskan air mata kau dari terus mengalir..
Dia yang ada dengan kau saat tiada siapa pedulikan kau..
Dia setia menemani kau ke mana sahaja..
Dia yang sanggup bersusah senang dgn kau..
Dia yang tidak pernah jemu mnghulurkan bantuan saat kau susah..

Benar..
Amat mudah untuk bertemu dgn sahabat yang boleh gelak bersama-sama..
Tapi amat sukar untuk bertemu dgn sahabat yang boleh menangis bersama-sama...

Ingatlah..
Kita hidup di dunia yang penuh pancaroba,
Kita tak kan mampu berdiri tanpa insan bergelar sahabat di sisi...
Berhentilah mencari musuh, Bersahabatlah dengan semua..
Jangan pernah bosan menghulurkan salam persahabatan,
Bak kata Ustaz Kazim Elias
"Jangan malu untuk cari kawan kerana mungkin di antara mereka ada seseorang yang mampu menjadi sahabat dunia akhirat kamu"


Buat semua sahabatku yang disayangi,
Maafkanlah untuk segala kata-kata yang menghiris hati...
Maafkanlah untuk segala gerak geri tingkah laku yang menyakiti..
Maafkahlah aku..maafkanlah aku..dan maafkanlah aku yang penuh cacat cela ini...
Terima kasih kerana hadir dalam hidup ini...
Terima kasih menjadi sahabat yang terhebat..
Terima kasih kerana ada dengan aku saat susah senang...
Terima kasih untuk segala kebahagiaan dan kegembiraan..
Semoga kite terus bersahabat dunia akhirat <3


(Helen, 31 Mac 2014, 12.57am)
-Muhasabah diri-







No comments:

Post a Comment