Friday, 8 May 2015

M.A.S.A

 Kau minta untuk luang masa bersama,
Aku kata, aku tak cukup masa..
Kau paksa aku curi-curi masa..
Aku kata, aku langsung tiada extra masa..

Kau pinta aku bahagi-bahagikan masa,
Aku kata, masa aku hanya untuk keluarga dan kerjaya...
Kau pujuk untuk bertemu muka,
Aku kata, ini masa terakhir untuk kita berbicara..

Aku mohon kau beri aku masa..
Jika ditakdirkan suatu masa kau dan aku bersua semula..
Sungguh jodoh itu penuh dengan rahsia...
Dengan izin Allah, biarlah ia bertetapan dengan keadaan dan masa..

-Helen-

Saturday, 18 April 2015

Dulu vs Sekarang

Aku banyak belajar daripada pengalaman...
Kalau dulu tak boleh keseorangan...
Tapi sekarang aku dah tak hairan...
Biarpun pergi mana, sorang-sorang tanpa teman...

Aku belajar jadi berdikari...
Sampai bila nak bergantung pada orang lain di sisi...
Dah tiba masa untuk buat apa saje dengan sendiri...
Senang cerita, berdiri saja di atas kaki sendiri...

Aku belajar untuk tidak ambil peduli..
Apa orang buat, orang kata, itu suka hati...
Buat je hal sendiri...
Takde sakit-sakit hati...

-Helen-

Tuesday, 24 February 2015

Sesuatu yang tertangguh...

Pelan-pelan kayuh...
Meskipun hati sangat-sangat rapuh...
Rasa mahu berhenti walau dah separuh..
Tapi demi sesuatu yang tertangguh...
Bisik pada diri sila bersungguh-sungguh....

-Helen-

HARI INI

Hari ini bakal berlalu pergi..
Hari ini usah ditangisi..
Hari ini untuk diingati..
Hari ini tersimpan dalam memori..

Hari ini hari yang sangat bermakna..
Hari ini hari sungguh istimewa...
Hari ini hari penuh dengan cerita...
Hari ini hari paling tak boleh lupa...

Hari ini hari bersama keluarga..
Hari ini hari dipenuhi gelak tawa..
Hari ini hari bergurau senda..
Hari ini hari yang cukup bahagia..

Hari ini hari memenuhi permintaan..
Hari ini hari merealisasikan impian..
Hari ini hari dipenuhi segala keinginan..
Hari ini hari membahagiakan..

Bestnyaaa hari ini...
Nak hari-hari seperti hari ini..
Selamat tinggal hari ini..
Semoga esok lusa juga seperti hari ini..

Sejujurnya aku belum cukup kuat untuk berhadapan dengan hari esok...
Tapi siapa aku untuk menolak kehadiran hari esok..

Haii hari ini...
Semoga semoga hari ini seperti hari ini di semalam hari..

-Helen-

Friday, 20 February 2015

Harapan vs Perasan

LELAKI,
Tolong jangan bagi harapan,
Kalau hati memang tidak berkenan...

PEREMPUAN,
Sila jangan perasan,
Jika lelaki terlebih bagi perhatian...

-Helen-

Tuesday, 27 January 2015

K.E.L.U.A.R.G.A

Kita anak muda,
Makin meningkat usia, 
Leka dengan keseronokan dunia..
Jumpa ramai manusia...
Muda terpengaruh dengan pelbagai budaya..
Lepak siang malam dengan rakan sebaya..
Mula khayal dengan kemanisan cinta yang sementara..
Rumah dijadikan tempat persinggahan saja..
Jarang-jarang jenguk keluarga...
Makin lama makin lupa pada ibubapa...

Wahai anak muda!
Keseronokan dunia tidak pernah menjanjikan apa-apa..
Rakan-rakan yang ada tak kan selamanya ada bersama...
Kemanisan cinta sesama manusa hanya sebentar melainkan cinta pada Yang Esa.
Tapi ibu bapa, keluarga,. Sentiasa ada dalam apa jua keadaan menimpa...
Tetap setia bersama tak kira masa..
Jaga mereka sebaiknya..
Jadikan mereka yang utama dan pertama..
Habiskan sisa-sisa masa yang ada bersama mereka..
 Kerana di situ lahirnya sebuah kebahagiaan yang cukup sempurna...
Kerana di situ terbitnya kasih sayang yang tiada penghujungnya...

-Helen-








Tuesday, 13 January 2015

Buat biasa saja..

Terkilan.Marah.Terasa...
Buat biasa saja..
Tak sabar tunggu saat lama-lama..
Pasti lupa...